Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI  SEKOLAH UGAMA RIMBA II (BSM)  BAGI TAHUN 1448H / 2026M

20 June 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI SEKOLAH UGAMA RIMBA II (BSM) BAGI TAHUN 1448H / 2026M

Rimba, Sabtu, 04 Muharram 1448 bersamaan 20 Jun 2026–Sekolah Ugama Rimba II (Bangunan Sekolah Menengah (BSM) pada petang tadi meraikan seramai 97 orang murid Darjah VI yang berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Rimba II. Daripada jumlah tersebut, 57 orang merupakan murid lelaki manakala 40 orang lagi ialah murid perempuan.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Mulia Awang Muhammad Fauzi bin Haji Zaini, Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei III, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang turut memulakan majlis dengan memimpin bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, diikuti bacaan Takhtim. Kemudian Doa Khatam dibacakan oleh Awangku Md. Khairzyl Izhalney bin Pengiran Md. Khairol Izaini. Acara diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta oleh Tetamu Khas Majlis dengan diiringi bacaan dikir beramai-ramai. Majlis kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Mujahiddin bin Haji Metussin, Tenaga Pengajar sekolah berkenaan.

Penganjuran Majlis Khatam Al-Quran di sekolah-sekolah ugama seluruh negara adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran yang menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, majlis seumpama ini juga merupakan antara usaha Jabatan Pengajian Islam dalam memperkukuhkan lagi syiar Islam di Negara Brunei Darussalam.

 

​Foto: JPI