Kuala Belait, Selasa malam Rabu, 01 Muharram 1448 bersamaan 16 Jun 2026–Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait menjadi tumpuan bagi Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1448 Peringkat Daerah Belait.
Hadir selaku Tetamu Khas Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Jabatan Daerah Belait; Yang Mulia Awang Mohamad Aliyani bin Ismail, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Ugama; penghulu dan ketua-ketua kampung; para pegawai kanan dan kakitangan Kerajaan serta penduduk di Daerah Belait.
Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah 1447 oleh Yang Mulia Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, yang juga mengimamkan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.
Acara diteruskan dengan bacaan Doa Awal Tahun Hijrah 1448 dan diselajurkan dengan Sembahyang Sunat Ba'diah dan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah. Diikuti dengan Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya Negara Brunei Darussalam beroleh kemakmuran dan kesejahteraan serta terhindar daripada segala wabak penyakit dan bala bencana.
Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah tahun ini bertemakan Hijrah Penyelamat Aqidah.






Foto: PHEU Daerah Belait