Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS BACAAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1448 PERINGKAT NEGARA

16 June 2026

MAJLIS BACAAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH 1448 PERINGKAT NEGARA

Kiarong, Selasa Malam Rabu, 01 Muharram 1448 bersamaan 16 Jun 2026Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1448 Peringkat Negara yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong petang tadi.

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri;  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri;  dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.  

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah; Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr. Abdul Fattaah ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pengerusi Lembaga Pengarah Baiduri Bank Sendirian Berhad selaku Pengendali Bersama; Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri Kewangan ll selaku Pengendali Bersama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ll selaku Pengendali Bersama; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain.

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah 1447 sebanyak dua (2) kali dalam Bahasa Arab dan satu (1) kali dalam Bahasa Melayu oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar'ie. Sejurus selepas itu, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar'ie.

Diikuti dengan Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah 1448 sebanyak dua (2) kali dalam Bahasa Arab dan satu (1) kali dalam Bahasa Melayu oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar'ie, dan seterusnya Sembahyang Hajat berjemaah.

Bagi memohon keberkatan dan rahmat dalam majlis yang penuh kebajikan ini, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar'ie.

Tema Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1448 Peringkat Negara ialah Hijrah Penyelamat Aqidah.

Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Baiduri Bank Sendirian Berhad.

SALAM ILAL HIJRAH

 

Foto: PDI​