Bagi memperingati peristiwa Hijrah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah, Negara Brunei Darussalam akan menyambut ketibaan Awal Tahun 1448 Hijrah dengan Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah 1448 Peringkat Negara.
Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah 1448 Peringkat Negara akan diadakan pada hari Selasa Malam Rabu, 01 Muharram 1448 Hijrah bersamaan 16 Jun 2026 Masihi di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh Negara mulai pukul 5.00 petang dengan tumpuan utama di:
i. Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong
ii. Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait
iii. Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong
iv. Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, Temburong
Antara pengisian utama acara adalah bacaan Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun 1448 Hijrah.
Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Kewangan; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri; dan Baiduri Bank Sdn Bhd.
Tema bagi Majlis Tahun ini ialah “Hijrah Penyelamat Aqidah".
Orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai ke majlis itu nanti di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh Negara bagi sama-sama menyambut ketibaan Awal Tahun 1448 Hijrah. Semoga kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala jua. Aamiin.
Salam Ilal Hijrah