Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM IKON MUALLAF 2.0 : JALAN LIMA SESI KE-3  THE HUNGER GAME TAHUN 1447H/2026M

14 June 2026

PROGRAM IKON MUALLAF 2.0 : JALAN LIMA SESI KE-3 THE HUNGER GAME TAHUN 1447H/2026M

Berakas, Ahad, 27 Zulhijah 1447 bersamaan 14 Jun 2026–Belia Muallaf As-Syahadah dengan kerjasama Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Program Ikon Muallaf 2.0: Jalan Lima bagi Sesi ketiga The Hunger Game yang diadakan di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar.

Bagi sesi ketiga dalam Program Ikon Muallaf 2.0 : Jalan Lima yang memberi tumpuan kepada penghayatan Rukun Islam yang ketiga, iaitu ibadah Puasa.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada peserta Ikon Muallaf 2.0 dan ahli jawatankuasa program telah menyertai aktiviti yang dianjurkan.

Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kepada para peserta mengenai hukum-hakam serta kelonggaran yang berkaitan dengan ibadah puasa melalui pendekatan riadah dan aktiviti berkumpulan yang interaktif. Di samping itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama berpasukan, sikap saling membantu serta mengeratkan ukhuwah sesama peserta dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Melalui aktiviti ini, para peserta turut didedahkan kepada hikmah dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah puasa, bukan sahaja dari sudut amalan fizikal, bahkan dari aspek kerohanian.

Program seumpama ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan ibadah puasa dalam kalangan muallaf, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghayati hikmah berpuasa sebagai satu amalan yang mampu meningkatkan ketakwaan serta mengeratkan hubungan dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Selain itu, pelaksanaan program seumpama ini juga diharap dapat terus memupuk semangat kerjasama dan saling menyokong dalam kalangan peserta melalui suasana pembelajaran yang positif. Justeru, program ini juga diharap akan terus mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam usaha melahirkan saudara baharu yang berilmu, berkeyakinan, berdaya tahan serta mampu menghayati dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam kehidupan seharian.​

 


Foto: PDI