Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI (SESI PETANG) SEKOLAH UGAMA BERIBI GADONG BAGI TAHUN 1447H / 2026M

09 June 2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MURID-MURID DARJAH VI (SESI PETANG) SEKOLAH UGAMA BERIBI GADONG BAGI TAHUN 1447H / 2026M

Beribi, Selasa, 22 Zulhijjah 1447 bersamaan 09 Jun 2026–Seramai 146 orang murid Darjah VI sesi petang Sekolah Ugama Beribi, Gadong yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada petang tadi di Dewan Sejahtera 1, Sumbangsih, Kampung Beribi, Gadong. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Awang Haji Amir Azman bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Abdul Rahman, Pengarah Pentadbiran Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai sebagai permulaan majlis.

Acara diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta Khatam, diikuti dengan bacaan Takhtim. Majlis dilanjutkan dengan bacaan Doa Khatam oleh Awang Mohammad Dinie Zikry bin Mohammad Yassin, peserta Khatam. Majlis diserikan dengan persembahan Dikir dan seterusnya penyampaian sijil oleh Tetamu Kehormat Majlis. Bagi memberkati majlis, majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd. Rudy bin Haji Shamsuddin.

Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di persekolahan ugama di negara ini bertujuan untuk mendukung hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran yang menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan hidup berugama, di samping sebagai usaha pihak Jabatan Pengajian Islam dalam sama-sama mengukuhkan syiar Islam di negara ini.

 

Foto: JPI​