Berakas, Sabtu, 19 Zulhijjah 1447 bersamaan 06 Jun 2026–Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Keempat dan terakhir yang menaiki pesawat Diraja Brunei (RB) BI4208 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 05:53 petang tadi.
Jumlah keseluruhan jemaah Haji termasuk Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), Syarikat Balurih Travel Sdn. Bhd., dan Pegawai Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA) ialah seramai 246 orang.
Pecahan jumlah jemaah Haji sebagaimana keterangan berikut:
| Bil | Pegawai/ Jemaah | Jemaah Lelaki | Jemaah Perempuan | Jumlah |
1 | Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan)
| 01 | 03 orang | 04 orang |
2
| Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) | 97 orang (termasuk 04 Pegawai Syarikat) | 116 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat) | 213 orang (termasuk 06 Pegawai Syarikat) |
3
| Syarikat Balurih Travel Sdn. Bhd. | 14 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) | 13 orang | 27 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) |
4
| Pegawai Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)
| 02 | -
| 02 orang
|
JUMLAH KESELURUHAN |
| 114 orang (termasuk 08 Pegawai Syarikat dan Pegawai Perubatan) | 132 orang (termasuk 05 Pegawai Syarikat dan Pegawai Perubatan) | 246 orang (termasuk 09 Pegawai Syarikat, 04 Pegawai Perubatan) |
Mengiringi Jemaah Haji bagi Penerbangan Keempat ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) ; Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn.Bhd. (DSSB); Pegawai Syarikat Balurih Travel Sdn. Bhd.; dan Pegawai Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA).
Hadir mengalu-alukan ketibaan jemaah Haji Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Datin; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan) dan isteri; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Pentadbiran dan Kewangan) dan isteri; ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan penolong-penolong pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Mudim Awang Haji Amran bin Haji Md. Salleh, Pegawai Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.







Foto: PDI