Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG LELAKI BERBANGSA CINA KOH PEE LIE

05 June 2026

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG LELAKI BERBANGSA CINA KOH PEE LIE

Sengkurong, Jumaat, 18 Zulhijah 1447 bersamaan 05 Jun 2026-Sejak awal Januari hingga 31 Mei 2026, seramai 119 orang telah memeluk agama Islam di seluruh negara ini. Daripada jumlah berkenaan, seramai 56 orang terdiri daripada saudara baharu yang telah memeluk agama Islam di Daerah Brunei dan Muara.

Seorang lelaki berbangsa Cina, Koh Pee Lie, berusia 26 tahun, telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam Majlis Pengislaman yang diadakan pada petang tadi di Kampung Selayun, Sengkurong.

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Koh Pee Lie di hadapan pegawai daripada Bahagian Pengembangan Da'wah (Pengislaman), Pusat Da'wah Islamiah. Beliau kemudiannya menerima nama Islam sebagai Muhammad Khairi Pee Lie bin Abdullah Koh.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada Pusat Da'wah Islamiah kepada saudara baharu berkenaan sebagai tanda penghargaan dan sokongan. Acara turut diserikan dengan Dikir Marhaban sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.​


Foto: PDI