Berakas, Jumaat, 18 Zulhijjah 1447 bersamaan 05 Jun 2026–Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Ketiga yang menaiki pesawat Diraja Brunei (RB) BI4226 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 12:50 tengahari tadi.
Jumlah keseluruhan jemaah Haji termasuk Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd., dan Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. adalah seramai 252 orang.
Pecahan jumlah jemaah Haji sebagaimana keterangan berikut:
| Bil | Pegawai/ Jemaah | Jemaah Lelaki | Jemaah Perempuan | Jumlah |
| 1 | Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) | 02 orang | 01 orang
| 03 orang |
2
| Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) | 31 orang | 38 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) | 69 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) |
3
| At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
| 30 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat) | 32 orang | 62 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat) |
4 | Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. | 57 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) | 61 orang | 118 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) |
JUMLAH KESELURUHAN | | 120 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat, 02 Pegawai Perubatan) | 132 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat, 01 Pegawai Perubatan) | 252 orang (termasuk 04 Pegawai Syarikat, 03 Pegawai Perubatan) |
Mengiringi Jemaah Haji bagi Penerbangan Ketiga ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn.Bhd. (DSSB); Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn.Bhd. ;dan Pegawai Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn.Bhd.
Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan jemaah Haji Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Datin; dan Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan) dan isteri; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Pentadbiran dan Kewangan); ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan penolong-penolong pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Haris bin Haji Suboh, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.





Foto: PDI