Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KEPULANGAN PENERBANGAN PERTAMA JEMAAH HAJI  NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H/2026M

03 June 2026

KEPULANGAN PENERBANGAN PERTAMA JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H/2026M

Berakas, Rabu, 16 Zulhijjah 1447 bersamaan 03 Jun 2026–Kepulangan jemaah Haji setentunya sangat dinantikan oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai, sekaligus menandakan kesyukuran atas sempurnanya mengerjakan ibadah Haji.

Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Pertama yang menaiki pesawat Diraja Brunei (RB) BI4222 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 12:42 tengahari tadi.           

Jumlah keseluruhan jemaah Haji termasuk Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan) dan Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) adalah seramai 252 orang.

Pecahan jumlah jemaah Haji sebagaimana keterangan berikut:

BilPegawai/ JemaahJemaah LelakiJemaah PerempuanJumlah
1

​Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan)

-03 orang03 orang

2

 

Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)

47 orang (termasuk 01  Pegawai Syarikat) 

54 orang 

101 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) 

3

​Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA) 

79 orang69 orang148 orang
JUMLAH KESELURUHAN

​126 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) 

126 orang (termasuk 03 Pegawai Perubatan) 

​252 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat dan 03 Pegawai Perubatan)

Mengiringi Jemaah Haji bagi Penerbangan Pertama ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan) ; Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB); dan Pegawai Syarikat Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA).

Hadir bagi mengalu-alukan ketibaan jemaah Haji Negara Brunei Darussalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin;  Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin;  Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan Datin; dan Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; ​Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan) dan isteri;  Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama (Pentadbiran dan Kewangan) dan isteri;  ahli-ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan penolong-penolong pengarah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang, Pegawai Masjid, Masjid Omar Ali Saifuddien, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Foto: PDI dan BPAAM