Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BAHARU DILANTIK

21 May 2026

MENTERI HAL EHWAL UGAMA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG BAHARU DILANTIK

Berakas, Khamis, 03 Zulhijjah 1447 bersamaan 21 Mei 2026–Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama, petang tadi menerima Kunjungan Hormat daripada empat (4) orang Ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik iaitu Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Awang Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia; Tuan Yang Terutama Awang Mohammad Shafiee bin Haji Kassim, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Belgium; Tuan Yang Terutama Awang Haji Khairur Rizal bin Haji Abdul Majid, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste; dan Puan Yang Terutama Dayangku Nooraslena binti Pengiran Dato Paduka Haji Sallehuddin, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia.

Kunjungan Hormat diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir sama pada Kunjungan Hormat tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dilantik tersebut telah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 12 Mei 2026.

 

Foto: BPAAM​