Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa sebuah (1) lagi agensi pelancongan telah diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah Menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi Tahun 2026 Masihi iaitu Al-Mateen Travel and Tours Sdn Bhd.
Dengan kebenaran yang diberikan tersebut, maka pada masa ini sebanyak tiga puluh enam (36) buah agensi pelancongan telah diberi kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi Tahun 2026 Masihi, iaitu:
1.Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)
2.Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)
3.Continental Yachting Sdn. Bhd.
4.Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)
5.Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.
6.At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
7.Dar El-Ehsan Travel Sdn. Bhd. (DEE)
8.Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)
9.Balurih Travel Sdn. Bhd.
10.As-Safa Travel and Tours Sdn. Bhd.
11.Al-Abraj Travel and Tours Sdn. Bhd.
12.Al-Hajat Tours and Travels Agency Sdn. Bhd.
13.Al-Hambra Travel and Tours Sdn. Bhd.
14.Al-Haramain Bil Iman Travel and Tours Sdn. Bhd.
15.Al Kheira Travel and Tours Sdn. Bhd.
16.Al-Miqat Travel and Tours Sdn. Bhd.
17.Al Qobul Travel and Tours Sdn. Bhd.
18.An-Nur Al-Khayr Travel and Tours Sdn. Bhd.
19.AZ Back To Nature Travel and Tours Sdn. Bhd.
20.Az-Zain Travel and Tours Sdn. Bhd.
21.Darul Rahman Travel Sdn. Bhd.
22.El-Abqari Travel and Tours Sdn. Bhd.
23.Firdaus Al-Munawwarah Travel Services Sdn. Bhd.
24.Ghufran Travel and Tours Sdn. Bhd.
25.Hafiz Bru Travel and Tours Sdn. Bhd.
26.Hayya Travel and Tours Sdn. Bhd.
27.Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.
28.Humzaik Travel and Tours Sdn. Bhd.
29.Hurriyah Travel Services Sdn. Bhd.
30.Ikhlas Global Tours Sdn. Bhd.
31.Lamisa International Tours and Travels Sdn. Bhd.
32.Maduli Travel Agency
33.PGGMB Travel Service Sdn. Bhd.
34.Simply Umrah (B) Travel and Tours Sdn. Bhd.
35.Al-Khaif Travel and Tours Sdn Bhd
36.Al-Mateen Travel and Tours Sdn Bhd
(Senarai penuh Agensi-Agensi Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah mengikut kategori pakej dan visa seperti yang dilampirkan).
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Umrah adalah disarankan agar membuat urusan serta berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan berkenaan.
Pada masa yang sama, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin mengingatkan agensi-agensi pelancongan yang tidak mempunyai kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) adalah tidak dibenarkan untuk mengendalikan Pakej Umrah termasuk membuat sebarang iklan atau tawaran berkaitan dengannya.
Maklumat mengenai senarai terkini agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bolehlah disemak melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama www.mora.gov.bn atau Instagram KHEU.BRUNEI atau menghubungi Jabatan Urusan Haji melalui talian 2384478 atau emel juh.kheu@mora.gov.bn bagi mendapatkan maklumat lanjut.