Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENUTUPAN OPERASI PENGKEBUMIAN JENAZAH BAHARU DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KIARONG

18 May 2026

PENUTUPAN OPERASI PENGKEBUMIAN JENAZAH BAHARU DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG KIARONG


​Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan ingin memaklumkan kepada orang ramai, khususnya masyarakat Islam, bahawa keadaan kawasan Tanah Perkuburan lslam Kampung Kiarong telah penuh.

Oleh yang demikan, bagi menjaga kesucian dan kehormatan kubur-kubur orang Islam di tanah perkuburan lslam berkenaan, maka operasi pengkebumian jenazah baharu di Tanah Perkuburan lslam Kampung Kiarong telah ditutup bermula pada hari Jumaat, 19 Zulkaedah 1447 bersamaan 01 Mei 2026.

Dalam pada itu, orang ramai masih boleh menziarahi tanah perkuburan berkenaan bagi melaksanakan amalan-amalan yang disunatkan. Sebagai langkah alternatif, masyarakat lslam yang berhajat bagi tujuan pengkebumian jenazah masih boleh menggunakan tanah-tanah perkuburan lslam yang berhampiran seperti berikut:

●          Tanah Perkuburan lslam Rangas, Kampung Kiulap

●          Tanah Perkuburan lslam Kampung Beribi

●          Tanah Perkuburan lslam Alangan Damit, Kampung Tamoi

●          Tanah Perkuburan lslam Alangan Basar, Kampung Tamoi

●          Tanah Perkuburan lslam Kampung Ujong Bukit

●          Tanah Perkuburan lslam Terunjing, Kampung Terunjing

●          Tanah Perkuburan lslam Meritus Kambar, Kampung Manggis Satu

Di samping itu, maklumat mengenai tanah-tanah perkuburan Islam tersebut di atas dan senarai masjid-masjid yang mempunyai kemudahan penyempurnaan jenazah di Negara Brunei Darussalam bolehlah diperolehi daripada laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama: www.mora.gov.bn atau Instagram: KHEU.BRUNEI.