Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG PEREMPUAN BANGSA FILIPINA LODEE VINA SUCGANG ERNI

11 May 2026

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG PEREMPUAN BANGSA FILIPINA LODEE VINA SUCGANG ERNI

Pulaie, Isnin, 23 Zulkaedah 1447 bersamaan 11 Mei 2026–Sejak awal bulan Januari hingga 04 Mei 2026, seramai 105 orang telah memeluk agama Islam di negara ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 46 orang adalah bagi Daerah Brunei dan Muara sahaja.

Jumlah tersebut terus bertambah apabila seorang perempuan berbangsa Filipina melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada Majlis Pengislamannya yang diadakan di Bilik Al-Muhtadiin, Bangunan Darul Huda, Pusat Da'wah Islamiah, Kampung Pulaie petang tadi.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidop, Pegawai Perkembangan Ugama selaku Ketua Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Dayang Lodee Vina Sucgang Erni, 31 tahun di hadapan pegawai daripada Bahagian Pengembangan Da'wah (Pengislaman), Pusat Da'wah Islamiah.  Beliau memilih nama islamnya sebagai Nur Alisha Nuha Safiyya binti Abdullah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati, diikuti dengan Dikir Marhaban, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat bagi memberkati majlis.

 



Foto: PDI