Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENERBANGAN KEEMPAT BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM  BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M

07 May 2026

PENERBANGAN KEEMPAT BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M

Berakas, Khamis, 19 Zulkaedah 1447 bersamaan 07 Mei 2026–Penerbangan Keempat Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bertolak meninggalkan negara ini pada pukul 11.57 pagi tadi (waktu Brunei) dengan menggunakan pesawat Diraja Brunei (RB) BI4207 dan dijangka tiba di Madinah Al-Munawwarah pada pukul 5:15 petang waktu Madinah.

Jumlah keseluruhan Bakal Jemaah Haji termasuk para Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) dan Balurih Travel Sdn. Bhd. ialah seramai 240 orang.

Pecahan jumlah Bakal Jemaah Haji sebagaimana keterangan berikut:

Pegawai/ JemaahJemaah LelakiJemaah PerempuanJumlah
Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan)

01 

02 orang 

03 orang 

Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)  

95 orang (termasuk 02 Pegawai Syarikat)

115 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat) 

210 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat) 

Balurih Travel Sdn. Bhd. 

14 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat)

13 orang

27 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat)

JUMLAH KESELURUHAN

 

110 orang (termasuk 03 Pegawai Syarikat, 01 Pegawai Perubatan) 

130 orang (termasuk 01 Pegawai Syarikat, 02 Pegawai Perubatan) 

240 orang (termasuk 04 Pegawai Syarikat, 03 Pegawai Perubatan) 

​Mengiringi Bakal-Bakal Jemaah Haji bagi Penerbangan Keempat ialah Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB); dan Pegawai Syarikat Balurih Travel Sdn. Bhd. 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei dan isteri; serta Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Bakal Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam.

Juga hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri;  Yang Mulia Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan;  Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; serta Ahli Jemaah Penasihat Haji, pengarah-pengarah dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz, Imam Tingkat III, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Manakala Azan dilaungkan oleh Yang Mulia Awang Khairul Ariffin bin Haji Yusop, Pegawai Masjid, Masjid Omar Ali Saifuddien.




 

 



Foto: PDI dan BPAAM (PRO)