Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KETIBAAN PENERBANGAN KETIGA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M DI MADINAH AL-MUNAWWARAH

06 May 2026

KETIBAAN PENERBANGAN KETIGA BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI TAHUN 1447H / 2026M DI MADINAH AL-MUNAWWARAH

Madinah Al-Munawwarah, Rabu, 18 Zulkaedah 1447 bersamaan 06 Mei 2026–Penerbangan Ketiga Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1447H/2026M menaiki pesawat Diraja Brunei (RB) BI4205 yang membawa seramai 254 orang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz, Madinah Al-Munawwarah pada pukul 5.05 petang waktu Madinah. 

Rombongan Penerbangan Ketiga tersebut terdiri daripada tiga (3) orang Pegawai-Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan), 71 orang bakal Jemaah haji daripada pakej Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB), serta 118 orang bakal Jemaah Haji daripada pakej Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd., dan 62 orang bakal Jemaah Haji daripada pakej Syarikat At-Taqwa Travel and Tours Sdn. Bhd. Menjadikan jumlah keseluruhan seramai 254 orang.

Hadir bagi menyambut ketibaan rombongan bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Penerbangan Ketiga ini ialah Tuan Yang Terutama Awang Haji Harun bin Haji Junid, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi di Riyadh dan isteri;  Yang Mulia Awang Haji Farhan bin Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani, Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah dan isteri;  Yang Mulia Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali selaku Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam;  Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Nurhassanuddin bin Abdullah Kelali, Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); dan para pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan); serta wakil Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB); wakil Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd; dan wakil Syarikat At-Taqwa Travel and Tours Sdn. Bhd.

Sebanyak 7 buah bas telah disediakan bagi membawa para Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam ke hotel penginapan masing-masing mengikut pecahan berikut:

Seramai 62 orang jemaah daripada pakej Syarikat At-Taqwa Travel and Tours Sdn. Bhd. ditempatkan di Madinah Hilton Hotel.  Sementara itu, 118 orang jemaah negara daripada pakej Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. ditempatkan di Nozol Royal Inn Hotel.  Manakala, 71 orang lagi jemaah daripada pakej Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) ditempatkan di Hotel Maden Al Rawda.

 

Foto: JUH​