Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAH HARI UNTUK DELEGASI ARAB SAUDI  SEMPENA MAJLIS PELANCARAN MAKKAH ROUTE INITIATIVE

04 May 2026

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAH HARI UNTUK DELEGASI ARAB SAUDI SEMPENA MAJLIS PELANCARAN MAKKAH ROUTE INITIATIVE

Berakas, Isnin, 16 Zulkaedah 1447 bersamaan 04 Mei 2026-Kementerian Hal Ehwal Ugama tengah hari tadi meraikan delegasi dari Arab Saudi yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Leftenan Jeneral Sulaiman bin Abdulaziz Al Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan bagi Inisiatif Laluan Makkah dan Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu Majlis Jamuan Makan Tengahari yang diadakan di Pantai Restaurant, The Empire Brunei.

Hadir di Majlis Jamuan Makan Tengah Hari Untuk Delegasi Arab Saudi Sempena Majlis Pelancaran Makkah Route Initiative ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Mr. Saleh bin Abdulkarim Al-Shiha, Bakal Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (Dasar dan Keugamaan); Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (Pentadbiran dan Kewangan) serta pengarah-pengarah dan pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis Jamuan Makan Tengah Hari ini mencerminkan penghargaan dan penghormatan Kerajaan Negara Brunei Darussalam terhadap delegasi dari Kerajaan Arab Saudi dalam mengendalikan bersama Majlis Perasmian Pelaksanaan Inisiatif Laluan Makkan (Makkah Route Initiative). Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama serta silaturahim antara kedua-dua buah negara, khususnya dalam urusan pengendalian dan kebajikan jemaah haji Negara Brunei Darussalam.

Delegasi dari Arab Saudi tersebut berada di negara ini bagi Majlis Perasmian Pelaksanaan Inisiatif Laluan Makkah (Makkah Route Initiative) bagi Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi yang telah diadakan pada pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei iaitu semasa Penerbangan Pertama Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam.

 

Foto: KUPU SB​