Sukacita dimaklumkan kepada Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam yang akan menunaikan Fardhu Haji bagi Musim Haji Tahun 1447H / 2026M bahawa penerimaan bagasi (Advanced Check-In) di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei akan dibuat sehari sebelum penerbangan bertolak ke Tanah Suci.
Jadual penerimaan bagasi (Advanced Check-In) adalah seperti berikut:
PENERIMAAN BAGASI (ADVANCED CHECK-IN)
| PENERBANGAN | HARI/ TARIKH | SYARIKAT | MASA | KAUNTER |
Penerbangan Pertama ISNIN 04 Mei 2026 | AHAD 03 Mei 2026 | Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) Straits Central Agencies Sdn. Bhd. (SCA)
| 01.00 – 02.30 petang
02.30 – 04.00 petang | ROW B |
Penerbangan Kedua SELASA 05 Mei 2026 | ISNIN 04 Mei 2026 | Dar El-Ehsan Travel Sdn. Bhd Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) Titian Travel and Tours Sdn. Bhd
| 01.00 – 02.30 petang 02.00 – 03.00 petang 03.00 – 04.00 petang | ROW C |
Penerbangan Ketiga RABU 06 Mei 2026 | SELASA 05 Mei 2026 | Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd. Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)
| 01.00 – 02.30 petang 02.00 – 03.00 petang 03.00 – 04.00 petang | ROW C |
Penerbangan Keempat KHAMIS 07 Mei 2026 | RABU 06 Mei 2026 | Balurih Travel Sdn. Bhd Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB) | 01.00 – 02.30 petang
(Kumpulan A) 01.30–02.30 petang (Kumpulan B) 02.30–04.00 petang
| ROW B |
Semua Bakal Jemaah Haji adalah dikehendaki menyerahkan bagasi-bagasi mereka pada hari, tarikh, masa dan tempat yang telah dinyatakan dengan membawa bersama pasport antarabangsa masing-masing.
Semua Bakal Jemaah Haji adalah juga diingatkan supaya tidak membawa barang-barang tegahan dalam penerbangan.