Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PENGEMASKINIAN JADUAL PENERBANGAN HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI 1447H / 2026M

04 May 2026

PENGEMASKINIAN JADUAL PENERBANGAN HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MUSIM HAJI 1447H / 2026M

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji ingin memaklumkan bahawa terdapat pengemaskinian terhadap waktu berangkat dan waktu ketibaan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam sepertimana keterangan berikut:

1.         Waktu berangkat Jemaah Haji pada Fasa Pertama dari Negara Brunei Darussalam ke Madinah berubah kepada pukul 10:15 pagi (sebelumnya pukul 12:00 tengah hari).

PENERBANGANNO. PESAWATTARIKH MASIHIHARI*WAKTU BERANGKAT*WAKTU TIBA
PertamaBI42014 Mei 2026Isnin10:1517:15
KeduaBI42035 Mei 2026Selasa10:1517:15
KetigaBI42056 Mei 2026Rabu10:1517:15
KeempatBI42077 Mei 2026Khamis10:1517:15

*Waktu tersebut di atas adalah kiraan waktu setempat

2.         Waktu ketibaan Jemaah Haji pada Fasa Kedua dari Jeddah ke Negara Brunei Darussalam  bagi Penerbangan Pertama, Ketiga dan Keempat berubah kepada pukul 12:00 tengah hari (sebelumnya pukul 10:35 pagi). Manakala Penerbangan Kedua diubah kepada pukul 11:40 pagi (sebelumnya 10:15 pagi).

PENERBANGANNO. PESAWATTARIKH MASIHIHARI*WAKTU BERANGKAT*WAKTU TIBA
PertamaBI42222 Jun 2026Selasa19:0012:00 +1
KeduaBI42243 Jun 2026Rabu18:4011:40 +1
KetigaBI42264 Jun 2026Khamis19:0012:00 +1
KeempatBI42285 Jun 2026Jumaat19:0012:00 +1

*Waktu tersebut di atas adalah kiraan waktu setempat

*+1 : Penerbangan akan mendarat pada esuk hari dari tarikh bertolak

Sehubungan dengan itu, dipohonkan kepada Bakal-Bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam untuk mengambil maklum dan perhatian mengenai perubahan waktu tersebut.

Sila klik Jadual Penerbangan

Sila klik Jadual Balik