Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2026 BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT

25 April 2026

SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA 2026 BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT

Kuala Belait, Sabtu, 07 Zulkaedah 1447 bersamaan 25 April 2026–Sambutan Hari Buku Sedunia yang dianjurkan oleh UNESCO disambut pada setiap 23 April sebagai usaha berterusan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat dunia.

Dengan penyertaan lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia, sambutan tersebut juga bertujuan menggalakkan kanak-kanak meneroka serta menghayati keseronokan membaca buku.

Sehubungan dengan itu, bagi sama-sama menyemarakkan sambutan berkenaan, Sekolah Arab Belait pagi tadi mengadakan Sambutan Hari Buku Sedunia bertempat di surau sekolah berkenaan.  Tema bagi sambutan tahun ini ialah Warisan Kitani Di Dalam Lembaran Kitab

Seiring dengan tema yang dipilih, acara bertujuan memupuk budaya membaca buku berbahasa Arab dalam kalangan pelajar, seterusnya menambah ilmu pengetahuan, di samping mencungkil bakat pelajar dalam berkomunikasi dalam bahasa Arab.

Atur cara turut diisikan dengan pertandingan mari bercerita dalam Bahasa Arab, pertandingan mengeja, pakaian terbaik, dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disampaikan oleh Guru Besar sekolah, Yang Mulia Pengiran Hajah Masniah @ Noramalina binti Pengiran Hussin. ​