Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS MENGADAP DAN JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MUSIM HAJI TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

16 April 2026

MAJLIS MENGADAP DAN JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI BAKAL JEMAAH HAJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MUSIM HAJI TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

Bandar Seri Begawan, Khamis, 27 Syawal 1447 bersamaan 16 April 2026-Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi.

Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada seramai 993 orang bakal Jemaah Haji, terdiri daripada 481 orang bakal Jemaah Haji Lelaki dan 512 orang bakal Jemaah Haji Perempuan. Jumlah tersebut termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Pentadbiran dan Perubatan) serta Pegawai Pengiring daripada Syarikat-Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji.

Terdahulu, sebelum Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah, para bakal Jemaah Haji negara telah menunaikan Sembahyang Fardhu Zohor serta Solat Sunat Hajat berjemaah.

Pada majlis tersebut, bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi telah menerima kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berupa pakaian ihram bagi bakal Jemaah Haji Lelaki dan telekung bagi bakal Jemaah Haji Perempuan sebagai tanda keprihatinan Baginda terhadap kebajikan para Jemaah Haji negara yang akan menunaikan Rukun Islam Kelima.

Bagi Musim Haji tahun ini, sebanyak tujuh (07) buah Syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji telah dilantik bagi menguruskan perjalanan dan kebajikan para jemaah, iaitu i. Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB); ii. Straits Central Agencies Sdn. Bhd. (SCA); iii. At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd.; iv. Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.; v. Dar El-Ehsan Travel Sdn. Bhd. ; vi. Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. ; dan vii. Balurih Travel Sdn. Bhd.

Penerbangan bakal Jemaah Haji Negara akan bermula pada hari Isnin, 16 Zulkaedah 1447 bersamaan 04 Mei 2026, pada jam 12:00 tengah hari.​