Pekan Tutong, Selasa, 25 Syawal 1447 bersamaan 14 April 2026-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Tutong dengan kerjasama Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik bagi masjid-masjid, surau dan balai ibadat. Bengkel tersebut diadakan selama dua hari di masjid berkenaan dan berakhir petang tadi.
Bengkel yang disertai oleh wakil daripada 12 buah masjid terpilih dari seluruh negara ini bertujuan untuk merangka program serta inisiatif yang lebih tersusun dan sistematik ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan masjid di seluruh negara.
Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memperkasa pengurusan masjid secara lebih berkesan melalui penambahbaikan kemudahan, penerapan teknologi serta inovasi,di samping pelaksanaan program keagamaan dan kebajikan yang berkualiti. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan meningkatkan penglibatan jemaah dan memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha menjadikan masjid sebagai institusi contoh yang cemerlang dan berpengaruh dalam masyarakat.
Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Yang Mulia Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.






Foto: JHEM