Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN BAYARAN PAKEJ HAJI KEPADA SYARIKAT PENGENDALI HAJI DAN PENYERAHAN AGIHAN WANG SAKU KEPADA MUALLAF YANG MENERIMA TAMBANG HAJI KURNIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN  YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

13 April 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN BAYARAN PAKEJ HAJI KEPADA SYARIKAT PENGENDALI HAJI DAN PENYERAHAN AGIHAN WANG SAKU KEPADA MUALLAF YANG MENERIMA TAMBANG HAJI KURNIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Berakas, Hari Isnin, 24 Syawal 1447 bersamaan 13 April 2026-Seramai 20 orang saudara baharu (Muallaf) yang terpilih dan memenuhi syarat telah dikurniakan Tambang Haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menunaikan ibadat Fardhu Haji bagi Musim Haji Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi. Setiap seorang menerima tambang sebanyak $4,500.00 mengikut kadar yang diberikan kepada pegawai-pegawai Kerajaan.

Dalam pada itu, Majlis Ugama Islam Brunei telah mengeluarkan agihan Wang Zakat Asnaf Muallaf berjumlah $341,400.00 (Tiga Ratus Empat Puluh Satu Ribu Empat Ratus Dolar Brunei) yang meliputi pembayaran sebanyak $286,900.00 (Dua Ratus Lapan Puluh Enam Ribu Sembilan Ratus Dolar Brunei) kepada Syarikat Darussalam Services Sdn. Bhd, dan $14,500 (Empat Belas Ribu Lima Ratus Dolar Brunei) kepada Syarikat Pelancongan dan Pengembaraan Al-Hijrah Sdn. Bhd bagi mencukupkan bayaran Pakej Haji yang diikuti oleh 20 orang saudara baharu berkenaan, serta agihan kewangan sebanyak $2,000.00 (Dua Ribu Dolar Brunei) bagi perbelanjaan persendirian (wang saku) turut diberikan kepada setiap seorang dari mereka.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal mengadakan Majlis Penyampaian Bayaran Pakej Haji kepada Syarikat Pengendali Haji dan Penyerahan Agihan Wang Saku kepada 20 orang saudara baru (Muallaf) yang terpilih dan memenuhi syarat untuk mendapatkan Kurnia Tambang Haji daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada petang tadi bertempat di Dewan Multaqa, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Penyampaian Bayaran Pakej Haji dan Penyerahan Agihan Wang Saku tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei.

Saudara-saudara baharu (Muallaf) yang terpilih sebagai penerima kurnia tersebut ialah Dayang Nur Azizah binti Abdullah; Awang Jaimie bin Abdullah; Dayang Norhayati binti Abdullah; Dayang Nur Amalina binti Abdullah Hong; Awang Mohammad Hafiz bin Muli; Awang Muhammad Salanjat bin Muhammad Hanif @ Salanjat Anak Jugi; Awang Mohd Sanip bin Ura;      Awang Bahruddin bin Tikau @ Buah bin Tikau; Dayang Siti Nurul Syahirah binti Muhammad Sufian @ Rumaja binti Bundan; Dayang Siti Noor Haminah binti Abdullah @ Renailda Atienza Gonzales; Dayang Suzana binti Abdullah; Dayang Siti Nur Fatimah binti Abdullah @ Amalia V.Mariano; Dayang Maimunah binti Md Salleh @ Yee Loi Thai;  Dayang Asmah Zafirah binti Abdullah Daud; Awang Ajis bin Haji Abdul Halim @ Jesni Lim; Awang Hafiz bin Abdullah; Dayang Fatimah binti Mohammad; Dayang Nurliyana binti Abdullah @ Menadu binti Tangkai; Dayang Ili Zakiah binti Abdullah; dan Dayang Nur Rita Syakirah binti Abdullah Kaur.

Saudara-saudara baharu tersebut dikurniakan (i) Setiap seorang dikurniakan Tambang Haji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengikut kadar yang diberikan kepada pegawai-pegawai Kerajaan, iaitu sebanyak $4,500.00 seorang; (ii) Setiap seorang turut dikurniakan agihan kewangan bagi mencukupkan bayaran Pakej Haji kendalian Syarikat-Syarikat Pengendali Haji yang diikuti oleh Asnaf Muallaf untuk menunaikan Fardhu Haji, iaitu berjumlah $19,600.00 bagi jemaah yang mengikuti Syarikat Darussalam Services Shd. Bhd. dan $19,000 bagi jemaah yang mengikuti Syarikat Pelancongan dan Pengembaraan Al-Hijrah Sdn. Bhd. Agihan kewangan ini dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf; dan (iii) Setiap seorang turut diberikan agihan kewangan sebanyak $2,000.00 bagi perbelanjaan persendirian (wang saku). Agihan kewangan ini juga diambil daripada Kumpulan Wang Zakat Asnaf Muallaf.

Semoga dengan Kurnia Tambang Haji dan Agihan Wang Zakat daripada Peruntukan Zakat Asnaf Muallaf ini akan dapat mengukuhkan lagi iman saudara-saudara baharu kita, di samping meningkatkan penghayatan mereka terhadap ajaran agama Islam dengan lebih sempurna.  Semoga mereka juga dapat melaksanakan ibadah Haji dengan penuh kesabaran dan takwa, serta sentiasa berada di bawah perlindungan, pemeliharaan serta keampunan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan seterusnya memperoleh Haji yang mabrur.

 

 


Foto: PB