Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KUNJUNGAN MUHIBBAH DAN BERHARI RAYA BERSAMA MUALLAF BAGI TAHUN 1447H/2026M

08 April 2026

KUNJUNGAN MUHIBBAH DAN BERHARI RAYA BERSAMA MUALLAF BAGI TAHUN 1447H/2026M


Kampung Bebuluh, Rabu, 20 Syawal 1447 bersamaan 08 April 2026–Kira-kira 60 orang dalam kalangan saudara-saudara baharu (Muallaf) serta ahli keluarga yang bukan Islam telah menghadiri Kunjungan Muhibbah yang diselajurkan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pengembangan Da'wah (Da'wah Khas) pada malam tadi bertempat di kediaman Muallaf milik Awang Arrafi bin Abdullah @ Berapi bin Luwis di Kampung Bebuluh.

Majlis berkenaan diadakan bagi menyemarakkan syiar Islam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang

diraikan sebagai hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan, di samping menjadi wadah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim antara komuniti Muallaf Kampung Bebuluh, penduduk sekitarnya yang terdiri daripada masyarakat Islam, Muallaf serta bukan Islam, bersama para pegawai dan kakitangan Pusat Da'wah Islamiah.  Selain itu, untuk memperkenalkan keindahan dan nilai-nilai murni perayaan Islam kepada masyarakat bukan Islam. 

Hadir selaku Ketua Rombongan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Hajah Ida Fariani binti Pengiran Haji Kamaluddin, Ketua Bahagian Pembangunan Muallaf.

Selain sesi ramah mesra, atur cara majlis turut diisi dengan penyampaian hamper dan saguhati kepada saudara-saudara baharu serta masyarakat bukan Islam di kawasan berkenaan.

 

 

 

 

 

​Foto: PDI