Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

JALINAN UKHUWAH AIDILFITRI TENAGA PEMBIMBING DAN MUSLIMAH BERSAMA JEMPUTAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS MASJID HASSANAL BOLKIAH, PEKAN TUTONG

06 April 2026

JALINAN UKHUWAH AIDILFITRI TENAGA PEMBIMBING DAN MUSLIMAH BERSAMA JEMPUTAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS MASJID HASSANAL BOLKIAH, PEKAN TUTONG

Tutong, Isnin, 17 Syawal 1447 bersamaan 06 April 2026–Bagi mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin serta mengukuhkan perpaduan di kalangan tenaga pembimbing dan muslimah masjid lebih-lebih lagi dalam suasana meraikan keberkatan dan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong pagi tadi menganjurkan program keugamaan iaitu Jalinan Ukhuwah Aidilfitri bagi para Tenaga Pembimbing dan Muslimah Daerah Tutong. Penganjurannya adalah bersempena sambutan Jubli Emas Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan diadakan di masjid berkenaan.

Selain untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyampaian lagu-lagu dakwah dan puisi Islam, program tersebut turut membuka peluang kepada para tenaga pembimbing dan muslimah untuk berpartisipasi dalam program keugamaan. Ianya juga dihasrat untuk menyemai rasa kasih sayang dan kemesraan di kalangan tenaga pembimbing dan muslimah serta para jemputan.

Hadir sama di acara Jalinan Ukhuwah Aidilfitri bagi para Tenaga Pembimbing dan Muslimah Daerah Tutong bersempena sambutan Jubli Emas Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong ini ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi, Isteri Menteri Hal Ehwal Ugama.

 



​Foto: JHEM