Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA  PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH,  MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERANGKAT MENUNAIKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDIL FITRI  BAGI TAHUN 1447H/2026M

21 March 2026

DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH, MENTERI KANAN DI JABATAN PERDANA MENTERI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERANGKAT MENUNAIKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDIL FITRI BAGI TAHUN 1447H/2026M

Kiarong, Sabtu, 01 Syawal 1447 bersamaan 21 Mac 2026-Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama-sama dengan umat Islam di negara ini bagi menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong awal pagi tadi.

Berangkat sama ialah paduka-paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta adinda-adinda dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, Ketua Hakim Syar'ie.

Manakala Khutbah Hari Raya Aidil Fitri disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei.

Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Fitri diadakan di masjid-masjid utama, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bermula pukul 7.30 pagi.

 

Foto: JHEM dan PDI​