Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa sebuah (1) lagi agensi pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2026 Masihi, iaitu Al-Khaif Travel & Tours Sdn Bhd.
Dengan kebenaran yang diberikan tersebut, jumlah agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2026 Masihi kini meningkat kepada tiga puluh lima (35) buah agensi pelancongan, iaitu:
1.Darussalam Services Sdn. Bhd (DSSB)
2.Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd (SCA)
3.Continental Yachting Sdn. Bhd
4.Raudah Al-Amin Sdn. Bhd (RAA)
5.Titian Travel and Tours Sdn. Bhd
6.At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd
7.Dar El-Ehsan Travel and Tours Sdn. Bhd (DEE)
8.Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd (AHTTSB)
9.Balurih Travel Sdn. Bhd
10.As-Safa Travel and Tours Sdn. Bhd
11.Al-Abraj Travel and Tours Sdn. Bhd
12.Al-Hajat Tours and Travels Agency Sdn. Bhd
13.Al-Hambra Travel and Tours Sdn. Bhd
14.Al-Haramain Bil Iman Travel and Tours Sdn. Bhd
15.Al Kheira Travel and Tours Sdn. Bhd
16.Al-Miqat Travel and Tours Sdn. Bhd
17.Al Qobul Travel and Tours Sdn. Bhd
18.An-Nur Al-Khayr Travel and Tours Sdn. Bhd
19.AZ Back To Nature Travel And Tours Sdn. Bhd
20.Az-Zain Travel and Tours Sdn. Bhd
21.Darul Rahman Travel Sdn. Bhd
22.El-Abqari Travel and Tours Sdn. Bhd
23.Firdaus Al-Munawwarah Travel Services Sdn. Bhd
24.Ghufran Travel and Tours Sdn. Bhd
25.Hafiz Bru Travel and Tours Sdn. Bhd
26.Hayya Travel and Tours Sdn. Bhd
27.Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd
28.Humzaik Travel and Tours Sdn. Bhd
29.Hurriyah Travel Services Sdn. Bhd
30.Ikhlas Global Tours Sdn. Bhd
31.Lamisa International Tours and Travels Sdn. Bhd
32.Maduli Travel Agency
33.PGGMB Travel Service Sdn. Bhd
34.Simply Umrah (B) Travel and Tours Sdn. Bhd
35.Al-Khaif Travel and Tours Sdn Bhd.
(Senarai penuh Agensi-Agensi Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah Mengikut Kategori Pakej dan Visa sepertimana dilampirkan).
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat Umrah adalah disarankan untuk membuat urusan serta berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang telah diberikan kebenaran bagi mengendalikan perkhidmatan tersebut.
Pada masa yang sama, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin mengingatkan bahawa agensi-agensi pelancongan yang tidak mempunyai kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) adalah tidak dibenarkan untuk mengendalikan Pakej Umrah termasuk membuat sebarang iklan atau tawaran berkaitan dengannya.
Maklumat mengenai senarai terkini agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bolehlah disemak melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama (mora.gov.bn) atau melalui Instagram Kementerian Hal Ehwal Ugama atau berhubung terus dengan Jabatan Urusan Haji melalui talian 2384478 atau emel juh.kheu@mora.gov.bn bagi mendapatkan maklumat lanjut.