Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM BAGI KAMPUNG KIULAP, KAMPUNG KIARONG DAN KAMPUNG MENGLAIT

14 March 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK YATIM BAGI KAMPUNG KIULAP, KAMPUNG KIARONG DAN KAMPUNG MENGLAIT

Kiarong, Sabtu, 24 Ramadan 1447 bersamaan 14 Mac 2026–Bagi membantu meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim di samping memberikan keceriaan kepada mereka pada bulan Ramadan al-Mubarak, khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, seramai 11 orang anak yatim dari Kampung Kiulap, Kampung Kiarong dan Kampung Menglait pagi tadi menerima sumbangan derma di Majlis Penyampaian Derma Anak Yatim yang diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.  Majlis tersebut diungkayahkan oleh Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim berkenaan ialah Yang Mulia Awang Rosliani bin Haji Umar, Penghulu Mukim Gadong B.

Majlis ini diadakan adalah juga bertujuan untuk meraih keredaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan, di samping menggalakkan amalan bersedekah serta menyemai rasa prihatin terhadap golongan yang memerlukan, di mana setiap amal kebajikan dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.​