Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN  ANJURAN JAWATANKUASA GURU-GURU UGAMA DAERAH TUTONG  TAHUN 2026M / 1447H

12 March 2026

MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN ANJURAN JAWATANKUASA GURU-GURU UGAMA DAERAH TUTONG TAHUN 2026M / 1447H

Tutong, Khamis, 22 Ramadan 1447 bersamaan 12 Mac 2026–Dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pagi tadi diadakan Majlis Penutup Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadan bagi Guru-Guru Ugama Daerah Tutong bertempat di Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang, Tutong.

Hadir selaku Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Awangku Muhammad Abdul Qadir bin Pengiran Ibrahim, Imam Tingkat I, Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tetamu Khas Majlis, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim, disusuli bacaan Takhtim Al-Quran dan diteruskan dengan Doa Khatam.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Ashraqal dan kemudiannya penyampaian cenderamata dan bunga telur.

Pada masa yang sama, bertempat di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong diadakan ceramah agama yang dihadiri oleh Guru-Guru Ugama Perempuan Daerah Tutong.  Ceramah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Siti Noraziah binti Haji Asli, Penolong Pegawai Perkembangan Agama, Pusat Da'wah Islamiah, Daerah Tutong.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan anjuran Jawatankuasa Guru-Guru Ugama Daerah Tutong dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian aktiviti keagamaan, di samping memperkukuhkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan guru-guru ugama di daerah tersebut.​