Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYERAHAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1447H/2026M

10 March 2026

MAJLIS PENYERAHAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1447H/2026M

Berakas, Selasa, 20 Ramadan 1447 bersamaan 10 Mac 2026–Bagi menyantuni anak-anak yatim warga Kementerian Hal Ehwal Ugama serta meringankan beban mereka menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, pagi tadi Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Majlis Penyerahan Derma kepada Anak-Anak Yatim Warga Kementerian Hal Ehwal Ugama sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1447H/2026M.

Seramai 19 orang anak yatim warga Kementerian menerima sumbangan tersebut dalam majlis yang diadakan di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis.

Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyampaikan sumbangan derma berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd. Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; serta para pengarah dan pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Tahlil serta Doa Arwah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Ahmad Syafiq bin Haji Osman, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Seterusnya, penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan kemudiannya diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menzahirkan rasa keprihatinan dan kasih sayang terhadap anak-anak yatim di samping menyemarakkan semangat kebersamaan, memperkukuhkan ukhuwah serta menggalakkan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki dalam kalangan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan, selaras dengan tuntutan Islam yang amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim.

 

Foto: BPAAM​