Berakas, Jumaat malam Sabtu, 17 Ramadan 1447 bersamaan 06 Mac 2026–Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah. Majlis berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas malam tadi.
Berangkat sama ialah paduka-paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri ke majlis tersebut dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Brunei Darussalam Central Bank; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar; dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah.
Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar.
Diteruskan dengan Sembah Alu-aluan Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah yang antara lain menjelaskan bahawa
Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bukan sahaja membaca dan menghafaz Al-Qur'an, malah memahami makna serta pengajarannya. Sehubungan itu, usaha memperkukuhkan pembelajaran Al-Qur'an melalui program mentadabbur ayat-ayat Al-Qur'an wajar terus diperkasakan agar bacaan dan hafalan disertai dengan kefahaman serta penghayatan dalam kehidupan.
Sejurus selepas itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mengurniakan Sabda.
Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Permakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jemaah Hakim.
Bagi Kategori 'A', iaitu Menghafaz 1 Juz Al-Quran iaitu Juz 30 berserta Pemahaman Juz 30.
Pemenang Pertama ialah Yang Mulia Dayang Nur Syifa Hasanah binti Mohammad Fikri, dengan memperolehi markah 98.85 peratus. Pemenang Pertama menerima wang tunai berjumlah BND1,500, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1 gram foil emas sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Pemenang Kedua ialah Yang Mulia Dayang Nur Saffiyyah Azzahra binti Hafiz dengan markah 98.77 peratus. Pemenang Kedua menerima wang tunai berjumlah BND1,000, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Pemenang Ketiga ialah Yang Mulia Dayang Nur Sarah Basyirah binti Mohammad Fikri, dengan markah 98.70 peratus. Tempat Ketiga menerima wang tunai berjumlah BND750, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Kategori 'B', iaitu Menghafaz Surah-Surah Pilihan iaitu: surah Luqman, surah As-Sajdah, surah Yaasin, surah Ar-Rahmaan, surah Al-Waqi'ah, surah Al-Jumu'ah, surah Al-Mulk, surah Al-Jinn dan surah Al-Insaan dan berserta pemahaman surah Nuh, surah Al-Muzzammil, surah Al-Muddathir, surah Al-Qiyamah dan surah Al-Mursalat.
Pemenang Pertama iaitu Yang Mulia Dayang Ainaa Zunah Insyirah binti Haji Abdul Manap dengan memperoleh markah 98.78 peratus. Menerima wang tunai berjumlah BND2,000, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1 gram foil emas sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Manakala Pemenang Kedua Kategori 'B' dengan memperoleh markah 98.42 peratus disandang oleh Yang Mulia Dayangku Wajihah binti Pengiran Khairul Nazri. Pemenang Kedua menerima wang tunai berjumlah BND1,500, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Pemenang Ketiga selepas memperoleh markah 97.15 peratus ialah Yang Mulia Siti Nur Darwisyah binti Sabli. Menerima wang tunai berjumlah BND1,200, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Sementara itu, Kategori 'C', iaitu Menghafaz 4 Juz Al-Quran dari Juz 1 hingga 4 berserta pemahaman surah Al-Hijr dan surah An-Nahl. Terbuka kepada semua peringkat umur.
Pemenang Pertama, Yang Mulia Dayang Siti Nurzawanah binti Mohammad Saidin dengan markah 98.41 peratus dan membawa pulang wang tunai berjumlah BND2,800, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1 gram foil emas sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Diikuti dengan Pemenang Kedua, Yang Mulia Dayangku Siti Huwaida Kareemah binti Pengiran Mohd Helmy dengan memperoleh markah 98.29 peratus, sekali gus menerima hadiah wang tunai berjumlah BND2,000, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Pemenang Ketiga bagi Kategori 'C' dengan memperoleh markah 98.05 peratus disandang oleh Yang Mulia Dayang Atiqah Munirah binti Haji Muamat. Menerima hadiah wang tunai berjumlah BND1,500, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Bagi Kategori 'D', Menghafaz 15 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 15 berserta pemahaman surah Al-Ahqaf, surah Muhammad dan surah Al-Fath. Terbuka kepada semua peringkat umur.
Pemenang Pertama ialah Yang Mulia Dayang Ameerah Batrisyia @ Sarah Huwaina binti Haji Amir Hisham dengan memperoleh markah 97.19 peratus. Menerima wang tunai berjumlah BND3,500, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1 gram foil emas sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Pemenang Kedua, Yang Mulia Dayang Nur Sofiyyah Solehah Binti Mohammad Fikri memperoleh markah 95.98 peratus. Menerima wang tunai berjumlah BND2,500, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Pemenang Ketiga, Yang Mulia Awang Muhamad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh dengan memperoleh markah 95.82 peratus. Menerima wang tunai berjumlah BND2,000, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Bagi Kategori 'E', iaitu Menghafaz 30 Juz Al-Quran iaitu daripada Juz 1 hingga Juz 30 berserta Pemahaman surah Maidah dan surah Al-An'am.
Pemenang Pertama bagi kategori ini disandang oleh Yang Mulia Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi dengan memperoleh markah 98.29 peratus. Menerima wang tunai berjumlah BND5,000, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk kenang-kenangan berupa 1 gram foil emas sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Pemenang Kedua dengan memperoleh markah 95.46 peratus disandang oleh Yang Mulia Awang Mohammad Afif Fikry bin Haji Abu Bakar. Menerima wang tunai berjumlah BND3,500, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 40 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Diikuti oleh Pemenang Ketiga, Yang Mulia Awang Muhammad Amin Yusof bin Muhammad Arifin dengan memperoleh markah 94.65 peratus. Menerima wang tunai berjumlah BND2,500, Hadiah Iringan, Sijil Penyertaan dan satu produk duit syiling kenang-kenangan berupa 31.1 gram logam perak sumbangan Brunei Darussalam Central Bank.
Majlis diserikan dengan Persembahan Pemenang Terbaik dari setiap kategori Musabaqah Menghafaz Al-Qur'an Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1447 Hijrah.
Sejurus itu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada peserta.
Tema Bagi Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah ialah “Mengukuhkan Pembelajaran Al-Qur'an dan Menghayati Ajarannya". Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan, Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Qur'an MABIMS, dan Brunei Darussalam Central Bank.
Foto: PDI