Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SELURUH NEGARA SEMPENA BULAN RAMADAN BAGI TAHUN 1447H/2026M

24 February 2026

MAJLIS TADARUS AL-QURAN KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SELURUH NEGARA SEMPENA BULAN RAMADAN BAGI TAHUN 1447H/2026M

Tutong, Selasa, 06 Ramadan 1447 bersamaan 24 Februari 2026–Sempena bulan Ramadan yang mubarak, pelbagai acara keagamaan di Negara Brunei Darussalam giat dijalankan bagi menyemarakkan suasana bulan yang penuh keberkatan ini. Ramai pihak berlumba-lumba meningkatkan amalan untuk meraih pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sama ada dalam kalangan individu, keluarga, mahupun jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta. Antara aktiviti yang sering menyemarakkan bulan Ramadan ialah bertadarus Al-Quran.

Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Birau, Daerah Tutong pagi tadi mengungkayahkan Majlis Tadarus Al-Quran bagi Kelas Bimbingan Muslimah Seluruh Negara bertempat di masjid berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Pengiran Noraizan binti Pengiran Haji Hussain, Isteri Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

Majlis Tadarus Al-Quran bagi Kelas Bimbingan Muslimah ini juga bertujuan untuk menggalakkan para muslimah mengamalkan pembacaan Al-Quran sehingga khatam selain untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan muslimah masjid.​

 

​Foto: BPAAM