Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU ZOHOR BERJEMAAH,  MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42, TAHUN 2026 (DI MASJID UTAMA MOHAMMAD SALLEH, PEKAN BANGAR)

23 February 2026

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU ZOHOR BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42, TAHUN 2026 (DI MASJID UTAMA MOHAMMAD SALLEH, PEKAN BANGAR)

Temburong, Isnin, 05 Ramadan 1447 bersamaan 23 Februari 2026–Di Daerah Temburong, Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, Tahun 2026 diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Pemangku Pegawai Daerah Temburong; para penghulu dan ketua kampung; pegawai serta kakitangan dari beberapa buah kementerian di samping para jemaah masjid dan penduduk kampung di sekitarnya.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Awang Norezam bin Haji Zaini, Imam Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar yang juga mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah.

Acara diteruskan dengan membaca Surah Yasin dipimpin oleh Yang Mulia Awang Muhammad Syahmi bin Haji Zaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Manakala Doa Kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Harris Hamdillah bin Haji Masri, Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Zohor Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42, Tahun 2026 mencerminkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala atas nikmat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi oleh Negara Brunei Darussalam sepanjang 42 tahun kemerdekaannya, di samping menyemai semangat patriotisme serta kecintaan rakyat dan penduduk terhadap agama, raja dan negara.

 

​Foto: PHEU Daerah Temburong