Bandar Seri Begawan, Rabu, 01 Ramadan 1447 bersamaan 18 Februari 2026–Bulan Ramadan al-Mubarak merupakan bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam kerana kedudukannya yang Istimewa serta maknanya yang besar dalam kehidupan seorang Muslim. Bulan yang penuh keberkatan ini menjanjikan ganjaran pahala berlipat ganda bagi setiap amalan ibadah dan kebajikan yang dilaksanakan, di samping menjadi medan limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah Subahanahu Wa Ta'ala.
Sepanjang bulan yang mulia ini, pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan peluang untuk meraih kelebihan serta ganjaran pahala sebanyak-banyaknya disediakan kepada umat Islam. Kesemuanya ini merupakan manifestasi rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada hamba-hambanya.
Sehubungan itu, masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara turut mengimarahkan suasana Ramadan dengan menyediakan ruang kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan ibadah serta beriktikaf melalui pelbagai aktiviti takmir. Antara pengisian yang dilaksanakan termasuk program tadarus Al-Qur'an bagi menyemarakkan keberkatan bulan yang mulia ini.
Sehubungan dengan itu, Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran bagi Masjid, Surau, Balai Ibadat Seluruh Negara diadakan bermula malam tadi di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran bagi Masjid, Surau, Balai Ibadat Seluruh Negara ini dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Jabatan Pentadbiran dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar 'Ali Saifuddien dan Radio Televisyen Brunei.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis. Diikuti dengan Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah dan Tadarus Al-Quran dimulakan dari Surah Al-Baqarah oleh Pelajar Skim Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak (STAKA).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis. Diikuti dengan Tadabbur Al-Quran yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da'wah Islamiah dan Tadarus Al-Quran dimulakan dari Surah Al-Baqarah oleh Pelajar Skim Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak (STAKA).
Manakala bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang, Pegawai Masjid, Masjid Omar 'Ali Saifuddien.