Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROJEK MEMBAIKI LALUAN JAMBATAN KE RUMAH  DAYANG HAJAH NORHAYATI BINTI MD YUSOF DI KAMPUNG LURONG DALAM BANDAR SERI BEGAWAN

14 February 2026

PROJEK MEMBAIKI LALUAN JAMBATAN KE RUMAH DAYANG HAJAH NORHAYATI BINTI MD YUSOF DI KAMPUNG LURONG DALAM BANDAR SERI BEGAWAN

Burong Pingai Ayer, Sabtu, 26 Syaaban 1447 bersamaan 14 Februari 2026–Bagi memupuk semangat gotong-royong, kerjasama dan keprihatinan dalam kalangan warga jabatan terhadap masyarakat setempat, serta menzahirkan tanggungjawab sosial jabatan dalam menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan komuniti, khususnya sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan, Jabatan Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah meneruskan program kemasyarakatan tahunannya dengan mengadakan projek membaiki laluan jambatan ke rumah Dayang Hajah Norhayati binti Md Yusof yang terletak di Kampung Lurong Dalam, Bandar Seri Begawan.  Kos pembaikan tersebut adalah hasil kutipan sumbangan daripada warga jabatan tersebut.

Projek ini bertujuan untuk membina semula jambatan yang telah roboh bagi memudahkan akses ke rumah penerima dan keluarganya. Keadaan jambatan sebelum ini didapati uzur dan berpotensi mendatangkan risiko kepada penghuni serta pengguna jambatan berkenaan. Kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan telah berjaya menggantikan laluan jambatan tersebut dengan struktur yang lebih kukuh, selamat dan selesa untuk digunakan.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr. Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Perundangan Islam selaku Tetamu Kehormat, sekali gus mencerminkan keprihatinan jabatan terhadap kebajikan masyarakat serta komitmen berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

Pelaksanaan projek ini diharap dapat memudahkan urusan harian penghuni rumah, termasuk dari segi pergerakan keluar masuk, aspek keselamatan serta keperluan kecemasan, di samping memberikan manfaat jangka panjang kepada kesejahteraan penduduk setempat.

 

Foto: JAPIS​