Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS AMALI (PRAKTIKAL) IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI BAKAL JEMAAH HAJI MUSIM HAJI TAHUN 1447H/2026M

15 February 2026

KURSUS AMALI (PRAKTIKAL) IBADAT HAJI DAN UMRAH BAGI BAKAL JEMAAH HAJI MUSIM HAJI TAHUN 1447H/2026M

Katok, Ahad, 27 Syaaban 1447 bersamaan 15 Februari 2026-Bagi memperkukuh kefahaman bakal Jemaah Haji mengenai pelaksanaan Manasik Haji dan Umrah di samping memberi peluang untuk mempraktikkan Rukun Haji dan amalan wajib seperti pemakaian ihram, tawaf, sa'ie, bergunting atau bercukur dan melontar jamarat sebagai pendedahan awal di bawah bimbingan guru-guru pengkursus, Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah pagi tadi mengadakan Kursus Amali (Praktikal) Ibadat Haji bagi Bakal Jemaah Haji Musim Haji Tahun 1447H/2026M.

Kursus tersebut diadakan di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok.

Pelaksanaan Kursus Amali (Praktikal) ini merupakan kesinambungan daripada Kursus Ibadat Haji dan Umrah yang sebelum ini telah diadakan di pusat-pusat kursus seluruh negara merangkumi keempat-empat daerah melibatkan sebanyak sembilan (9) sesi keseluruhannya.

Terdahulu, Kursus Amali (Praktikal) Ibadat Haji dan Umrah telah diadakan pada hari Jumaat, 13 Februari 2026, khusus bagi bakal Jemaah Haji dari Daerah Brunei dan Muara.

Pada tahun ini, Jabatan Urusan Haji telah melantik seramai 46 orang guru pengkursus Ibadat Haji dan Umrah yang terdiri daripada para guru dan pegawai Jabatan Pengajian Islam; pegawai Pusat Da'wah Islamiah; pegawai dan imam Jabatan Hal Ehwal Masjid; pegawai Universiti Islam Sultan Sharif Ali; selain pegawai kerajaan yang telah bersara dan mempunyai tauliah daripada Majlis Ugama Islam Brunei.​