Rimba, Sabtu, 26 Syaaban 1447 bersamaan 14 Februari 2026–Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah dilaksanakan sejak tahun 1995 merupakan salah satu amal jariah baginda yang mencerminkan kasih sayang dan sifat keprihatinan baginda terhadap rakyat dan penduduk yang beragama Islam di negara ini lebih-lebih lagi dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang bakal menjelang.
Sehubungan dengan itu, Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi warga Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dilaksanakan pagi tadi bertempat di Dewan Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir bagi menyempurnakan pengagihan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Hajah Mariana binti Haji Jamil, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.