Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYERAHAN FATHUL BARAKAH 7.0 KEPADA MUALLAF DAERAH TUTONG

14 February 2026

MAJLIS PENYERAHAN FATHUL BARAKAH 7.0 KEPADA MUALLAF DAERAH TUTONG

Tutong, Sabtu, 26 Syaaban bersamaan 14 Februari 2026-Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Pembangunan Muallaf (Kebajikan Muallaf) dengan kerjasama Cawangan Da'wah Daerah Tutong serta Persatuan Saudara-Saudara Baru Daerah Tutong (PESATU) meneruskan lagi penyerahan infak berupa makanan asasi melalui Projek Fathul Barakah 7.0 kepada 20 buah keluarga Muallaf di Kampung Penabai dan Kampung Bukit Udal, Daerah Tutong.

Majlis penyerahan dikendalikan dengan mengunjungi kediaman para Muallaf yang terpilih diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Yang Mulia Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir, Ketua Cawangan Da'wah Daerah Tutong.

Projek Fathul Barakah 7.0 adalah usaha dan inisiatif Pusat Da'wah Islamiah dengan kerjasama Persatuan Saudara-saudara Baru Negara Brunei Darussalam yang bertujuan memberi peluang kepada orang ramai dalam sama-sama memberikan infak jariah berupa makanan asasi untuk disumbangkan kepada Asnaf Muallaf yang memerlukan. Ianya juga untuk meringankan beban para Muallaf dalam membuat persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan tiba agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna.​