Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ACARA “FUN WALK” BAGI GURU-GURU UGAMA KAWASAN BRUNEI I  ANJURAN JAWATANKUASA PEMIMPIN  SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA  KAWASAN BRUNEI I BAGI TAHUN 1447H / 2026M

08 February 2026

ACARA “FUN WALK” BAGI GURU-GURU UGAMA KAWASAN BRUNEI I ANJURAN JAWATANKUASA PEMIMPIN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI I BAGI TAHUN 1447H / 2026M

Berakas, 20 Syaaban 1447 bersamaan 08 Februari 2026–Bagi memupuk amalan gaya hidup sihat dan aktif serta memelihara kesejahteraan mental dan fizikal para guru Sekolah-Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama, Brunei I (JKPSSU BR I) pagi tadi menganjurkan acara Fun Walk  bertempat di Pentagon Park, Jalan Menteri Besar.

Acara tersebut dihadiri oleh Tetamu Khas, Yang Mulia Awang Azman bin Haji Jaya, Ketua Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam. Turut hadir, Yang Mulia Dayang Hajah Siti Halimatul Saadiah binti Haji Wahsalfelah, Pegawai Pengajian Islam Daerah, Brunei I serta para pegawai dan guru Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei I.

Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Badan Sukan Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama. Seterusnya, sesi pemanasan badan diadakan sebelum acara dirasmikan oleh Tetamu Khas dan diteruskan dengan aktiviti Fun Walk dalam suasana ceria dan penuh semangat.

Penganjuran acara ini bertujuan untuk menyemai kesedaran tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif secara berterusan, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim, semangat perpaduan serta kerjasama dalam kalangan warga pendidik dari sekolan-sekolah Ugama Kawasan Brunei I. ​