Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Unit Biasiswa, Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa, Jabatan Pengajian Islam memaklumkan bahawa Tawaran Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Luar Negeri bagi sesi pengajian akademik 2026/2027 telah dibukakan mulai hari Rabu, 04 Februari 2026 hingga hari Sabtu, 21 Februari 2026.
Pemohon-pemohon yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah [Ph.D] di bawah Biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi sesi pengajian akademik 2026/2027 adalah dipelawa memohon mengikut syarat-syarat yang disenaraikan untuk dipertimbangkan.
Borang permohonan Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama dan keterangan lanjut boleh diperolehi di alamat berikut:
Unit Biasiswa
Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa
Jabatan Pengajian Islam
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Blok 2J, Bilik 14:03
Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan
Negara Brunei Darussalam BA1311
e-mel: biasiswa@jpi.edu.bn
Atau boleh diakses melalui pautan http://tinyurl.com/borangbiasiswakheu2026
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan salinan-salinan sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dikembalikan ke alamat yang tersebut di atas tidak lewat pada hari Sabtu, 21 Februari 2026.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Unit Biasiswa, Bahagian Pembangunan Sumber Tenaga Manusia dan Biasiswa, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama pada waktu bekerja melalui nombor telefon 2231064.