Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS TAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT DAN  AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM BAGI TAHUN 1447H/2026M

05 February 2026

MAJLIS TAHLIL BAGI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, AL-MARHUMAH DULI RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK DAMIT DAN AL-MARHUM DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA HAJI ‘ABDUL ‘AZIM BAGI TAHUN 1447H/2026M

Bandar Seri Begawan, Khamis, 17 Syaaban 1447 bersamaan 05 Februari 2026–Kementerian Hal Ehwal Ugama mengadakan Majlis Tahlil yang dikhususkan bagi Paduka Ayahanda, paduka Bonda dan paduka Anaknda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.  Majlis diadakan petang tadi di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

Seramai lebih 200 orang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya menghadiri Majlis Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.  

Hadir sama di majlis petang tadi, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.  Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohd Saifullah bin Rosli, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid An-Na'im Kampung Panchor Mengkubau.

Juga hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, dan ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.          

Majlis ini dianjurkan dengan tujuan untuk menghadiahkan pahala bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, zikir dan doa kepada mereka yang telah kembali kerahmatullah dan merupakan salah satu acara keagamaan Kementerian Hal Ehwal Ugama pada setiap tahun.

 

Foto: SkiPPA BPAAM​