Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK, CEMERLANG SPE DAN  PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) SEKOLAH ARAB BELAIT  BAGI TAHUN 1446-1447H / 2025M

24 January 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK, CEMERLANG SPE DAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (PSR) SEKOLAH ARAB BELAIT BAGI TAHUN 1446-1447H / 2025M

Belait, Sabtu, 05 Syaaban 1447 bersamaan 24 Januari 2026–Seramai 36 orang pelajar dari Sekolah Arab Belait pagi tadi menerima anugerah dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik dan Cemerlang bagi Peperiksaan Kemajuan Pelajar (PKP), Peperiksaan Student Progress Examination (SPE) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi tahun 2025. Manakala 11 orang guru turut menerima anugerah di majlis tersebut yang diadakan di surau Sekolah Arab Belait.

Hadir selaku Tetamu Khas majlis ialah Yang Mulia Dayang Hazalina binti Dhalan, Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Pengajian Islam serta para ibu bapa dan penjaga kepada pelajar-pelajar yang diraikan.

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan ayat-ayat suci Al-Quran. Diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Arab Belait, Yang Mulia Pengiran Hajah Masniah @ Nur Amalina binti Pengiran Hussin. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar dan guru berkenaan yang telah disempurnakan oleh Tetamu Khas majlis.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas usaha gigih para pelajar sehingga mencapai kejayaan cemerlang, di samping bertujuan untuk menyuntik semangat, motivasi serta galakkan kepada seluruh warga sekolah agar terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.​