Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa pada masa ini sebanyak dua puluh lapan (28) buah agensi pelancongan yang diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah Menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2026 Masihi. Agensi-agensi berkenaan adalah sepertimana berikut:
1. Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)
2. Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)
3. Continental Yachting Sdn. Bhd.
4. Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)
5. Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.
6. At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
7. Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd. (DEE)
8. Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)
9. Balurih Travel Sdn. Bhd.
10. As-Safa Travel & Tours Sdn. Bhd.
11. Al-Abraj Travel & Tours Sdn. Bhd.
12. Al-Hajat Tours & Travels Agency Sdn. Bhd.
13. Al-Hambra Travel & Tours Sdn. Bhd.
14. Al-Haramain Bil Iman Travel & Tours Sdn. Bhd.
15. Al Kheira Travel and Tours Sdn. Bhd.
16. Al-Miqat Travel & Tours Sdn. Bhd.
17. Al Qobul Travel & Tours Sdn. Bhd.
18. An-Nur Al-Khayr Travel & Tours Sdn. Bhd.
19. Az-Zain Travel & Tours Sdn. Bhd.
20. Darul Rahman Travel Sdn. Bhd.
21. Hafiz Bru Travel and Tours Sdn. Bhd.
22. Hayya Travel & Tours Sdn. Bhd.
23. Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.
24. Humzaik Travel & Tours Sdn. Bhd.
25. Hurriyah Travel Services Sdn. Bhd.
26. Ikhlas Global Tours Sdn. Bhd.
27. Lamisa International Tours & Travels Sdn. Bhd.
28. Simply Umrah (B) Travel & Tours Sdn. Bhd.
Walau bagaimanapun, hanya sepuluh (10) dari 28 buah agensi pelancongan tersebut dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bagi tahun 1446 Hijrah hingga 1448 Hijrah. Agensi-agensi pelancongan berkenaan adalah:
1. Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)
2. Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)
3. Continental Yachting Sdn. Bhd.
4. Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)
5. Titian Travel & Tours Sdn. Bhd.
6. At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.
7. Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn. Bhd. (DEE)
8. Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)
9. Balurih Travel Sdn. Bhd.
10. As-Safa Travel & Tours Sdn. Bhd.
(Senarai Penuh Agensi Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah Mengikut Kategori Pakej dan Visa sepertimana dilampirkan).
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan Ibadat Haji atau Umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan tersebut.
Seterusnya Jabatan Urusan haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin mengingatkan agensi -agensi pelancongan yang tidak mempunyai kebenaran mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) adalah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang iklan, tawaran dan mengendalikan Pakej Umrah.
Maklumat mengenai senarai terkini agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bolehlah disemak melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama mora.gov.bn atau berhubung terus ke Jabatan Urusan Haji melalui talian 2384478 atau e-mel juh.kheu@mora.gov.bn.