Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN RASMI ILMIAH PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) KE PUSAT DA ‘WAH ISLAMIAH

20 January 2026

LAWATAN RASMI ILMIAH PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) KE PUSAT DA ‘WAH ISLAMIAH

Pulaie, Selasa, 01 Syaaban 1447 bersamaan 20 Januari 2026-Rombongan seramai 34 orang ahli Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang diketuai oleh Yang Mulia Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd. Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia Pusat, pagi tadi meneruskan lawatan ke Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Ketibaan rombongan pelawat dari Malaysia tersebut telah disambut oleh Pemangku Pengarah dan para pegawai kanan Pusat Da'wah Islamiah.

Atur cara lawatan dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.  Seterusnya, Ucapan Alu-aluan oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah dan diikuti dengan ucapan oleh Yang Mulia Prof. Dr. Mohd Roslan bin Mohd. Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia Pusat.  Rombongan turut mendengar taklimat berkaitan perkembangan da'wah sebelum diteruskan dengan sesi perbincangan.

Lawatan rasmi ilmiah Persatuan Ulama Malaysia ke Pusat Da'wah Islamiah ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan ukhuwah serta mempererat jaringan kerjasama dalam bidang dakwah, keilmuan dan pembangunan ummah. Lawatan ini juga menjadi platform pertukaran pandangan, pengalaman dan amalan terbaik khususnya dalam pengurusan serta pelaksanaan program dakwah. Diharapkan usaha ini dapat menyumbang ke arah pemerkasaan dakwah Islamiah serantau demi kesejahteraan umat Islam sejagat.

 

 

​Foto: PDI