Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR PRA U1 2026/2027 SEKOLAH TINGGI ARAB HASSANAL BOLKIAH (STA HB) BAGI TAHUN 1447H / 2026M

19 January 2026

MAJLIS PENDAFTARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR PRA U1 2026/2027 SEKOLAH TINGGI ARAB HASSANAL BOLKIAH (STA HB) BAGI TAHUN 1447H / 2026M

Bandar Seri Begawan, Isnin, 29 Rejab 1447 bersamaan 19 Januari 2026–Seramai 378 orang pelajar baharu yang terdiri daripada 177 orang pelajar lelaki dan 201 orang pelajar perempuan pagi tadi memulakan sesi pengajian di peringkat Pra U1 di Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah bagi Sesi Akademik 2026/2027 Masihi.

Daripada jumlah tersebut, seramai 184 orang pelajar mengikuti jurusan Syariah, 123 orang pelajar mengikuti jurusan Usuluddin, 17 orang mengikuti jurusan Lughah, dan 54 orang mengikuti jurusan Umum.

Para pelajar berkenaan merupakan lepasan dari sekolah-sekolah Arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) sesi 1446 Hijrah / 2025 Masihi dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Atur cara Majlis Pendaftaran dan Kemasukan bagi Pelajar-Pelajar Baharu PRA U1 pada pagi tadi diisikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan sesi taklimat oleh pihak sekolah.

Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah merupakan satu-satunya institusi Pra-Universiti Arab di negara ini sebelum pelajar-pelajar melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu ke peringkat Universiti.  ​