Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA  SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

18 January 2026

SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Bandar Seri Begawan, Ahad, 29 Rejab 1447 bersamaan 18 Januari 2026–Kementerian Hal Ehwal Ugama meneruskan lagi pelaksanaan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Khas bagi Memohon Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.  Pelaksanaan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Khas ini merupakan inisiatif berterusan bagi memohon taufik serta perlindungan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan telah dilaksanakan di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara.

Antara yang hadir bagi sama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Khas di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan lewat petang tadi ialah warga perkhidmatan awam, ahli jawatankuasa takmir dan jemaah masjid serta orang ramai.

Pelaksanaan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Khas bagi Memohon Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ini dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula dari hari Jumaat, 27 Rejab 1447 Hijrah bersamaan 16 Januari 2026 selepas Sembahyang Fardhu Maghrib.

Marilah kita menunaikan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah bagi memohon kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya mengurniakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kesembuhan yang segera, kesihatan dan keafiatan yang sempurna lagi berpanjangan.

Seterusnya kita semua mendoakan agar Negara Brunei Darussalam terhindar daripada bala bencana dan dikurniakan dengan kemakmuran dan kesejahteraan.​