Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DO’A KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA  PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI PENUNTUT-PENUNTUT BRUNEI DI KAHERAH, MESIR

17 January 2026

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DO’A KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI PENUNTUT-PENUNTUT BRUNEI DI KAHERAH, MESIR

Kaherah, Mesir, Sabtu, 28 Rejab 1447 bersamaan 17 Januari 2026–Bagi sama-sama merafakkan doa ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi kesihatan dan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama turut mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Do'a Khas bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang disertai oleh penuntut-penuntut Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Mesir.

Majlis tersebut diadakan di Surau Darussalam, Bangunan Kediaman Penuntut-Penuntut Brunei Darussalam di Kaherah, Mesir.  Pengisian majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan Doa Khas yang dipimpin oleh ahli-ahli Badan Kebajikan Penuntut Brunei Darussalam Mesir (BKPBDM).

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah, Republik Arab Mesir.​