Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH

17 January 2026

MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH

Isra' dan Mi'raj merupakan satu peristiwa yang agung yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam.

Bagi memperingati dan menghayati peristiwa agung tersebut yang jatuh pada setiap 27 Rejab, Negara Brunei Darussalam akan menyambut Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1447 Hijrah pada Hari  Sabtu, 27 Rejab 1447 Hijrah bersamaan 17 Januari 2026 Masihi, bermula pukul 9.00 pagi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dengan tema 'Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang'.

Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara tahun ini akan diisikan antaranya, dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan Tadabbur, persembahan selawat dan ceramah.

Majlis pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kesihatan dan Progresif Sdn.Bhd.

 

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH