Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS IBADAT HAJI DAN UMRAH TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

15 February 2026

KURSUS IBADAT HAJI DAN UMRAH TAHUN 1447 HIJRAH / 2026 MASIHI

Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Bimbingan Haji dan Umrah akan mengadakan Kursus Ibadat Haji dan Umrah khusus bagi bakal Jemaah Haji yang akan menunaikan Ibadat Haji pada Musim Haji Tahun 1447H / 2026M. Kursus ini akan diadakan secara serentak di pusat-pusat kursus yang terpilih di keempat-empat daerah bermula pada 16 Januari 2026 dan berakhir pada 15 Februari 2026. 
Sebanyak sepuluh (10) sesi disediakan iaitu setiap hari Jumaat dan Ahad dari pukul 8:00 hingga 10:30 pagi seperti berikut:-

SESIHARITARIKH HIJRIAHTARIKH MASIHI
1Jumaat26 Rejab 144716 Januari 2026
2Ahad28 Rejab 144718 Januari 2026
3Jumaat04 Sya'aban 144723 Januari 2026
4Ahad06 Sya'aban 144725 Januari 2026
5Jumaat11 Sya'ban 144730 Januari 2026
6Ahad13 Sya'ban 144701 Februari 2026
7Jumaat18 Sya'ban 144706 Februari 2026
8Ahad20 Sya'ban 144708 Februari 2026
9Jumaat25 Sya'ban 144713 Februari 2026
10Ahad27 Sya'ban 144715 Februari 2026

 

​Sementara pusat-pusat Kursus Ibadat Haji dan Umrah mengikut daerah adalah seperti berikut:

DAERAHPUSAT KURSUS
Brunei dan Muara
  • Sekolah Ugama Lambak Kanan, Jalan 1 Kg. Perpindahan Lambak Kanan.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kg Mulaut.
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Kg Berakas.
  • Sekolah Ugama Sungai Besar, Kg Sungai Besar.
Belait
  • Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Belait.
Tutong
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong.
Temburong
  • Sekolah Arab Temburong, Temburong.

Sehubungan dengan itu, semua bakal Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan Ibadat Haji bagi Tahun 1447H/2026M adalah dikehendaki untuk mengikuti kursus-kursus Ibadat Haji yang telah diaturkan di pusat-pusat yang telah ditetapkan.