Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

RAPTAI PENUH  MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH

15 January 2026

RAPTAI PENUH MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ PERINGKAT NEGARA TAHUN 1447 HIJRAH

Berakas, Khamis, 25 Rejab 1447 bersamaan 15 Januari 2026–Negara Brunei Darussalam akan meraikan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1447 Hijrah pada Hari Sabtu, 27 Rejab 1447 Hijrah bersamaan 17 Januari 2026 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas mulai pukul 9.00 pagi.

Bagi memastikan kelancaran majlis itu nanti, raptai penuh diadakan pagi tadi di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hadir bagi memastikan latihan berjalan dengan lancar dan sempurna ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perindustrian) Kementerian Kewangan dan Ekonomi selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Progresif Sdn.Bhd.

Turut hadir, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1447 Hijrah.

Tema Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara bagi Tahun 1447 Hijrah ialah 'Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang'.  Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara tahun ini akan diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan Tadabbur; persembahan selawat dan ceramah Khas.

Majlis pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kesihatan dan Progresif Sdn.Bhd.

 

Foto: BPAAM​